17 Jun 2010


Musa melancarkan Program Jalinan Rakyat dan Skuad
Sayang Wanita Umno Libaran

SANDAKAN (15/06/10): Kekuatan modul Insan di kalangan generasi muda rakyat Sabah menjadi faktor penting dalam memacu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang melibatkan keperluan keseluruhan rakyat negeri ini.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, SDC yang dirancang kerajaan meliputi semua daerah bertujuan memacu pembangunan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Sebab itu menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional memberikan keutamaan dalam program Pembangunan Modul Insan khususnya di bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muda Sabah yang berkemahiran dan mempunyaai keupayaan membangunkan negeri ini.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat Wanita dan keluarga peringkat Parlimen Libaran di Dewan Seri Libaran di kelmarin yang menyaksikan pemimpin itu turut melancarkan program Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang Pergerkan Wanita Umno bahagian berkenaan.
Turut hadir di Majlis itu, Spaekar DUN Sabah, Datuk Juhar Hj Mahuiruddin, Timbalan Spaeker Dewan Negara Datuk Armani Mahiuruddin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Marsidi Manjun, Menteri Kebudayaan Pelancongan dan Alam Sekitar, Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Salleh Tun Said, Pembantu Menteri, Datuk Nasrun Mansur, Datuk Gulam Khan, Datuk Zainab Datuk Ahmad Ayid serta Ir. James Wong Presiden MPS.
Menurut Musa yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah, dalam usaha menjadikan SDC satu kenyataan, rakyat perlu meyakini kemampuan kerajaan BN negeri dalam melaksanakan rancangan pembangunan yang sudah diatur.
Malah kestabilan politik juga perlu menjadi pertimbangan wajar oleh rakyat dan pemimpin di semua peringkat supaya segala apa yang mahu dibangunkan dapat berjalan lancar mengikut jadual.
Beliau yang juga menteri kewangan menegaskan dalam RMK10 Sabah bakal mendapat peruntukan yang besar untuk pembangunan negeri dan antara sektor yang diberikan keutamaan adalah pembangunan modul Insan, wanita dan keluarga.
Katanya, sebab itu kerajaan memandang serius peranan wanita di Negara ini dalam pembangunan kerana mereka bukan sahaja berperanan sebagi ibu tetapi merupakan arkitek keluarga.
“Peranan wanita sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara, malah di peringkat negeri kerajaan sentiasa melihat kepada sumbangan golongan wanita dalam membina institusi keluarga, termasuk peranan mereka dalam sektor swasta dan kerajaan” Katanya.
Sebagai bukti katanya, kerajaan telah memberikan ruang yang luas kepada golongan wanita terlibat sebagai pembuat dasar sama ada di peringkat Negara dan negeri.
Sementara itu beliau turut menegaskan betapa penting semua pihak sentiasa memberikan perhatian dalam isu kesejahteraan keluarga yang menjadi aset kemajuan agama, bangsa dan negara.
“Mana-mana negara sahaja di dunia ini sentiasa mahukan kesejahteraan dalam keluarga tidak terkecuali negeri Sabah, kita mahukan golongan rakyat terutamanya belia-belia kita mempunyai fizikal dan Minda yang berkualiti kerana merekalah menjadi peneraju kejayaan pembangunan Negara”
“Untuk melahirkan generasi yang berkualiti ini, peranan ibubapa sangat penting dalam membentuk sahsiah dan jiwa genarasi ini dan wanita selaku ibu tentunya sangat diperlukan” katanya
Dalam pada itu menurut Musa yang juga Ketua Umno Libaran berkata, generasi muda ini perlu sentiasa dibimbing dan diberikan penerangan yang betul bertapa kerajaan yang memerintah negara hari ini telah banyak menyumbang jasa kepada rakyat sehingga negara ini dikenali di peringkat antarabangsa.
Katanya, golongan muda hari ini sentiasa menjadi sasaran pembangkang untuk menabur berbagai fitnah memburukkan kerajaan sedangkan kerajaan BN telah membuktikan tanggungjawabnya membela nasib rakyat tanpa perbezaan bangsa dan agama.
Pada Majlis itu Musa turut melancarkan kenderaan Skuda Sayang dan Jalinan Rakyat untuk kegunaan Pergerakan wanita Umno Libaran menjalankan aktiviti turun padang mereka.

MUSA AMAN: BUMIPUTERA JUGA MAMPU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN


17/6/2010


Usahawan Bumiputera di negeri ini mampu berjaya dalam bidang perniagaan jika mereka memberikan tumpuan dalam apa yang mereka usahakan kerana sektor perniagaan terbuka luas kepada sesiapa sahaja.


Berucap merasmikan 1 Libaran Hotel di Bandar Labuk Jaya kelmarin, Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata, Usahawan Bumiputera perlu berani menceburi bidang perniagaan baharu yang sebelum ini asing bagi bumiputera.


Katanya, dalam Modul Ekonomi Baru (MEB) sesiapa sahaja usahawan di Negara ini berpeluang memajukan sektor itu mengikut keinginan mereka dalam perniagaan termasuklah golongan bumiputera.


“Melalui MEB, penyusunan semula pembangunan ekonomi negara peluang rakyat untuk maju sentiasa ada tetapi mereka mesti berani dalam menghadapi cabaran, malah usahawan bumiputera wajar menterjemahkan sikap persaingan yang negatif kepada konsep berkerjasama kerana ia lebih memberi manafaat kepada mereka”katanya.


Malah, katanya lagi, usahawan bumiputera tidak perlu malu untuk menimba pengalaman dan belajar dengan usahwan bukan bumiputera mengenai teknik perniagaan kerana melalui perkongsian bijak itu kedua-dua pihak dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Penaikan Taraf Lapangan Terbang Sandakan yang menjadi antara keutamaan dalam RMK10 sebagai sebuah Lapangan terbang Antarabangsa bakal menjadikan Sandakan destinasi Pelancongan Utama negeri ini.

Peningkatan taraf lapangan terbang itu juga bakal menyumbang kepada sektor perhotelan dan perniagaan lain yang berasaskan produk industri kecil dan sederhana tempatan. 1 Libaran Hotel yang dirasmikan beliau merupakan sebuah hotel Bajet Bumiputera sepenuhnya yang pertama di Sandakan dimiliki Hj Daning Bajau seorang ushawan sedang berjaya dalam bidang Hardware dan bekalan.


Turut hadir di majlis perasmian itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Marsidi Manjun, Datuk Gulam Badar Khan, Datuk Nasrun Mansur, Datuk Zakaria Edris, Datuk Samsuddin Yahya, ADUN Sukau Saddi Abdul Rahman dan Presiden MPS Ir. James Wong.


Katanya pembangunan bersepadu hub-pendidikan dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bakal menjana perkembangan Ekonomi hiliran yang memberikan pendapatan kepada masyarakat.


“Pembangunan dan kemajuan yang wujud sudah tentu memberikan impak positif kepada masyarakat sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan inilah antara hala tuju kerajaan dalam misi melaksanakan Koridor Pembangunan Sabah(SDC)” katanya.

Sambil berbangga dengan kejayaan Hj. Daning Bajau, usahawan bumiputera pertama di Sandakan dalam perhotelan, beliau yakin usahawan bumiputera lain di negeri ini mempunyai kemampuan untuk maju di bidang perniagaan.

07 Jun 2010

PERUMAHAN SETINGGAN KG. SG. BATANG AKAN DIROBOHKAN

Gambar : Perumahan setinggan Kg. Sg. Batang yang akan dirobohkan



Gambar : Tn. Hj. Basra (tengah) bergambar bersama penduduk yang
terlibat dengan perobohan rumah setinggan di Kg. Sg. Batang

SANDAKAN (23/05/2010): Kerajaan telah meluluskan seluas 50 ekar tanah bagi penempatan semula 586 penduduk setinggan kg. Sg. Batang di bawah penempatan Rizab Kampung Anak Negeri yang sedang dibangunkan.
Menurut Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Sg. Sibuga, Hj. Basra Hj. Abdul Rahman, sebanyak 112 buah rumah termasuk lima buah rumah penghuni PATI yang dibina dalam rizab jalan Kg. Sg. Batang bakal dirobohkan dalam masa terdekat dan penghuni rumah-rumah berkenaan diminta mengosongkan rumah mereka.
Katanya, penempatan setinggan yang wujud semenjak lebih sedekad lalu itu terlibat dengan projek pelebaran jalanraya di Hub Pendidikan yang mana kerja-kerja pembersihan tapak sebahagian lokasi jalan tersebut telahpun dimulakan.
“Projek ini adalah projek besar kerajaan yang mesti disiapkan mengikut jadual, oleh sebab itu penghuni setinggan di kawasan tersebut diminta merobohkan struktur rumah mereka dengan segera dan mereka akan diberikan tempat sementara di skim PPRT Gum-Gum” katanya.
Menurut beliau lagi sementara menunggu kerja-kerja pembinaan tapak serta penyediaan infrastruktur asas di tapak perkampungan baharu itu yang juga terletak di Sg. Batang selesai sepenuhnya ,penduduk boleh memilih sama ada mahu menyewa di PPRT Gum-gum atau tinggal di tanah keluarga yang berhampiran dengan mereka.
“Di kawasan baharu yang akan dibina perkampung kekal dan tersusun mereka yang terlibat dengan perobohan di kawasan setinggan itu akan diberikan keutamaan dalam pemberian lot-lot perumahan di situ yang bakal memberikan keselesaan kepada keluarga mereka” Katanya lagi.
Beliau yang juga Setiausaha Umno Bahagian Libaran berkata kepada media selepas menghadiri majlis taklimat dan dialog dengan lebih 100 penduduk penempatan setinggan itu di Dewan Serbaguna Kg. Nelayan Tengah Sg. Batang di sini kelmarin yang turut dihadiri ketua Daerah OKK Hj. Awang Damit Abdul Rahim.
Selain kawasan setinggan, turut dirobohkan adalah masjid yang berada dalam kawasan pembinaan jalan baharu sepanjang 6km dalam zon Hub Pendidikan yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2016 sekaligus merubah wajah landskap kawasan kampong itu menjadi Bandar Ilmu Sg. Batang dengan jangkaan membuka peluang pendidikan kepada lebih 1500 penutut dalam satu-satu masa.

JUARA RAKYAT LESTARI PERPADUAN 1MALAYSIA


Program Juara Rakyat menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman adalah memanifestasikan kelestrian perpaduan bangsa Malaysia yang jelas menjadi tunjang kelangsungan pembangunan negara.


Katanya, arus kemajuan yang menelusuri segenap pelusuk bandar dan desa adalah kesan kesepakatan antara lapisan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin yang menautkan kesedaran ukhwah untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mengisi kemerdekaan.

“Ini tanggungjawab kita sebab itu pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak melaksanakan gagasan 1 Malaysia yang mendahulukan rakyat melalui penilaian pencapaian yang merangkul peranan wakil-wakil rakyat serta rakyat jelata bersatu mencemerlangkan negara”, katanya


Beliau berkata dalam sidang medianya selepas melancarkan Program Juara Rakyat Bahagian Libaran di kampung Sibugal Besar dalam zon Hub Pendidikan Sg. Batang Bandar Ilmu yang dihadiri lebih seribu penduduk dari tiga buah kampung berhampiran.

Menurut Ketua Menteri, pengisian aktiviti program Juara rakyat menjelaskan bertapa pentingnya perpaduan dan kerjasama kalangan bangsa 1 Malaysia sebagai benteng pertahanan maruah negara di kaca padangan antarabangsa.

“Kita bersatu, pemimpin turun padang melihat dan mendengar sendiri segala rintihan rakyat, Juara Rakyat adalah pemimpin dan rakyat berpadu menyelesaikan perbezaan, memperkasakan persamaan kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini” Katanya.

Beliau yang juga ADUN N42. Sg Sibuga, terharu dan tersentuh hati dengan ucapan terima kasih rakyat di atas perlaksanaan pelbagai pembangunan infrastruktur yang disalurkan kerajaan negeri dan persekutuan sehingga berjaya merubah landskap perkampungan dari lokaliti mundur kepada penempatan lebih maju dan selesa.


Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran, menegaskan, kombinasi kerja dan persefahaman antara agensi-agensi kerajaan seperti Yayasan Sabah, Jasa, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan yang ada kaitan terus dengan kehidupan Ekonomi Rakyat menjadi teras unggul menjana pembangunan negeri ini.


Melalui kerjasama itu, menurut beliau, banyak keperluan rakyat dapat ditunaikan dengan berkesan kerana katanya, sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, BN tetap menunaikan segala janji yang telah diberikan kepada rakyat sebagai terima kasih atas sokongan rakyat kepada BN.
Menyentuh Juara Rakyat Bahagian Libaran kelmarin beliau, berkata program sedemikian menjadi wadah untuk masyarakat berbagai peringkat usia melibatkan diri dan menyumbang khidmat tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan yang mampu memperkasakan ikatan silaturrahim serta mensyukuri nikmat dari pembangunan negara.

“Malah penglibatan golongan remaja dan belia dalam acara yang diadakan antaranya Kursus Kemahiran Menyulam dan Jahitan Manik, kerja-kerja bergotong royong berupaya menyerlahkan bakat dan kebolehan golongan itu sebagai generasi pelapis modal insan dalam kesinambungan pembangunan negara”.


Dalam kontek Juara Rakyat ini, katanya, penerapan gagasan 1 Malaysia oleh kepimpinan BN membuktikan bahawa tiada satu kaum dalam negara ini dipinggirkan dari arus kemajuan perdana malah setiap rakyat kini merasa lebih selamat dan terbela dengan kesungguhan Perdana Menteri mendahulukan rakyat.

Justeru rakyat negeri diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap propaganda pihak- pihak yang sentiasa menyebarkan dakyah perkauman bagi memecahbelahkan keharmonian rakyat negeri ini yang telah terjalin semenjak sekian lama.

06 Jun 2010

MAMPUKAH PKR MENANG DI SABAH?

Kemenangan DAP di Sibu telah menyuntik benih harapan kepada PKR Sabah untuk memenangi kerusi di Negeri Sabah dalam PRU-13 nanti. Kemenangan itu digambarkan sebagai petanda bahawa pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak telah mula menolak BN dan akan memberi sokongan besar kepada Pakatan Pembangkang untuk menyumbang kerusi Parlimen seterusnya memnajtuhkan kerajaaan BN.


Benarkah pengundi di Sabah sudah mula bertukar angin? Benarkah PKR Sabah khususnya telah diterima sebagai pengimbang dan pencabar utama kepada BN Sabah? Andai PKR merasa terbuai dengan kemenangan DAP di Sibu dan mengatakan BN akan tumbang di Sabah dan PKR akan menjadi juara baru maka itu adalah satu kesilapan yang sangat besar.


PKR Sabah adalah parti yang terlalu banyak bercakap tapi tidak pandai buat kerja. Kebanyakan pemimpin mereka hanya berkubu dan berkubang di Kota Kinabalu berjumpa dan bersembang lalu merasakan diri mereka kuat dan hebat. Sejak Thamrim mengambil alih Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri beliau nyata tidak mempunyai taring dan kebolehan untuk memimpin justeru mengharapkan pencacai seperti Halik Zaman untuk menjadi lidah dan suaranya. Kalau Halik Zaman yang begitu dibenci oleh Thamrin pun terpaksa dipergunakan, kita boleh bayangkan betapa teruknya kepimpinan Thamrin. Selain daripada itu Thamrin juga sangat bergantung kepada Dr. Jeffrey aka Mr. 20 yang hanya tahu menjaja tentang 20 perkara sahaja. Bukankah Mr. 20 itulah yang menentang keras perlantikan Thamrin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah?
Di Libaran sendiri Thamrin tidak turun padang kerana tahu betapa dia tidak diterima di Libaran dan amat mustahil untuk menang. Di tempat-tempat lain situasinya tidak banyak bezanya, kalau adapun isu-isu setempat yang ditonjolkan khususnya melalui blog tidak lain hanyalah sekadar publisiti murahan untuk political mileage masing-masing. Berdasarkan gerak kerja dan barisan kepimpinan peringkat negeri yang ada, tidak keterlaluan mengatakan yang impian PKR untuk menang kerusi Parlimen atau DUN di Sabah amatlah tipis khususnya bagi kerusi yang dimenangi oleh UMNO sekarang ini.

04 Jun 2010

PAS PENCINTA DAP NO.1

Sebutlah apa sahaja yang dibuat oleh UMNO/BN, PAS pasti akan menyalak dan menghukum semuanya haram, semuanya salah, semuanya merugikan. Sebut pula apa sahaja yang dilakukan oleh DAP, PAS pasti akan menyokong, PAS pasti akan mengaguminya. PAS pasti akan mengeluarkan segala macam fatwa demi menghalalkan apa sahaja yang DAP kata dan lakukan.
Justeru, tidak hairanlah kalau PAS semakin kehilangan sokongan masyarakat Melayu. PAS semakin bersifat liberal, PAS semakin nampak kecinaannya. Wahai pengagum-pengagum DAP berbaju PAS, bagaimana rasanya berada di bawah kepimpinan ulama DAP?

03 Jun 2010

DATUK MUSA AMAN: CERITA SEORANG SAHABAT

Baru-baru ini penulis bersembang dengan seorang sahabat yang penulis label sebagai pembangkang tegar. Ya, sahabat tersebut, yang bergiat aktif di kawasan Parlimen Libaran begitu membenci UMNO dan BN. Baginya tidak ada satu pun manfaat mengundi BN yang serba-serbinya dilihat negatif.


Salah satu perkara yang menarik dalam perbincangan tersebut ialah apabila terpacul soalan dari mulutnya, "Apa ilmu Datuk Musa pakai?". Lantas penulis bertanya maksud pertanyaannya. Beliaupun menceritakan pengalamannya semasa berkempen sebelum pilihanraya 2008 lalu. Menurut beliau dalam sekian banyaknya kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat akar umbi ramai yang melahirkan rasa tidak puashati terhadap berbagai perkara namun hampir semua mereka menyatakan bahawa Datuk Musa Aman seorang yang baik dan berpuashati dengan kepimpinan beliau. Yang nyatanya kekecewaan mereka bukan disebabkan bermasalah dengan kepimpinan Datuk Musa Aman.
Secara mudahnya, kata sahabat tersebut, bandingkan sahaja dengan Pemimpin pembangkang utama di Libaran yang kini menjadi Ketua Pimpinan Negeri, yang langsung tidak turun padang, malah apabila orang harapannya yang sakit terlantarpun siketua tersebut langsung tidak datang menziarah. Apalah boleh diharap dengan pemimpin seperti itu.
Fikir-fikirkanlah...

26 Mei 2010

MIC: KECELUPARAN YANG PERLU DIAJAR

Geram dan marah sungguh rasanya apabila terbaca kenyataan Vell Paari, anak kesayangan Samy Vellu, yang menuding jari ke arah UMNO sebagai punca perpecahan dalam MIC. Satu dunia tahu apa itu MIC, apa kekuatan (kalau ada) dan kelemahannya, apa sumbangan (kalau ada) yang telah diberikan oleh MIC kepada negara. Satu dunia tahu MIC bukan parti politik demokrasi tulen, MIC adalah Monarki Samy Vellu yang selama ini hanya menjalankan pemilihan parti secara olok-olak untuk mengaburi mata masyarakat India di Malaysia. Satu dunia tahu selama hayatnya MIC gagal memajukan masyarakat India. Secara logiknya mana mungkin MIC mampu memberi sumbangan kepada negara, khususnya semasa era King Samy, kerana untuk membantu masyarakat Indiapun MIC tidak mampu (tidak mahu).

Satu dunia tahu MIC adalah 'Parti' politik yang menduduki carta tertinggi dunia sebagai sebuah parti paling gemar dan kerap memecat ahli mencecah ribuan orang terutama semenjak King Samy memegang jawatan Presiden parti. Satu dunia tahu MIC tidak banyak bezanya dengan parti politik seperti dalam filem-filem Tamil. Satu dunia tahu selama ini hayat MIC sebenarnya bukan atas sokongan penuh masyarakat India tetapi disebabkan ehsan dan sokongan rakan-rakan dalam BN. Satu dunia tahu apabila pemimpin MIC mula bising-bising dan buat kacau sebenarnya mereka mengidamkan sesuatu... senator untuk aku, DUN ini untuk aku, projek ini untuk aku. Satu dunia tahu... hanya MIC tak tahu yang satu dunia sebenarnya dah lama tahu...

UMNO Sabah sangat terkesan dengan kenyataan biadap Vell Paari itu, keceluparan perlu diajar secukupnya. Adalah tidak wajar dan amat kurang ajar menuduh UMNO sebagai punca masalah sedangkan satu dunia tahu MIC itu sendiri adalah sebuah organisasi bermasalah, satu organisasi yang pemimpinnya beraja di mata bersultan di hati. MIC adalah duri dalam daging yang perlu dicabut dan dibuang. Satu-satunya tempat yang sesuai untuk MIC adalah dalam Arkib Negara. UMNO Sabah pastinya kecewa sekiranya kenyataan biadap Vell Paari dibalas dengan jawatan Senator atau seumpamanya. Cukup-cukuplah, kenyataan Vell Paari itu sangat memalukan PM, TPM dan semua ahli UMNO, dan oleh kerana dia adalah anak kesayangan King Samy mustahil MIC memecat dia.

PESANAN BUAT PEMIMPIN PEMUDA UMNO LIBARAN

JANGAN SYOK SENDIRI... Mungkin itulah pesanan tepat buat pimpinan pemuda UMNO Libaran yang dilihat layu, lemah dan terlebih 'putera' daripada Putera UMNO. Pemuda UMNO Libaran dilihat hampir tidak menyumbang apa-apa kepada perjuangan parti, jauh sekali untuk mengharapkan mereka ini membantu memertabatkan bangsa dan agama. Setelah diamanahkan memegang sayap melalui proses taburan janji manis semasa berkempen, apa yang terhasil hanyalah kewujudan sekumpulan pengapit YB. Sebagai salah seorang ahli pemuda UMNO Libaran yang mengharapkan kepimpinan baru Pemuda yang proaktif, kreatif dan bertenaga saya begitu kecewa kerana apa yang ada kini hanyalah kumpulan pemimpinan muda yang bukan sahaja bersikap reaktif, tidak kreatif malah begitu layu dan kaku.

Satu jawapan yang pasti ialah ramai pemimpin Pemuda UMNO Libaran terlalu sibuk... sama sibuk dengan ADUN dan Ahli Parlimen (MP), kerana apa sahaja aktiviti ADUN dan MP kepimpinan Pemuda pasti ada bersama bertujuan untuk menumpang nama dan menunjuk muka. Persoalannya sampai bila?

Dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini UMNO/BN menang mudah di Sabah, malah meraih kemenangan dalam pilihanraya jauh lebih mudah berbanding memenangi jawatan dalam pemilihan parti. Tapi ingatlah senarionya mungkin berbeza kali ini.

Suatu ketika semasa di awal penubuhan Puteri UMNO, pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya PAS begitu takbur mengatakan puteri UMNO tidak menggentarkan mereka, hasilnya pakatan pembangkang kalah teruk dalam pilihanraya umum dan deretan pilihanraya kecil. Menyedari kuasa dan tenaga anak muda pemimpin pembangkang menjilat ludah mereka sendiri dengan kewujudan sayap baru parti mereka iaitu PAS dengan Nisa'nya PKR dengan Srikandinya.
Suatu ketika sebelum pilihanraya 2008, UMNO/BN yang gah sebagai parti berkuasa terlepas pandang kuasa dunia blog. Pada masa bolggers propembangkang dilihat begitu agresif dan bergerak pantas UMNO masih mengharap sebaran maklumat secara konvensional. Natijahnya semua tahu, BN kehilangan majoriti 2/3. Kini telah wujud ramai bloggers prokerajaan dan sedikit sebanyak telah berjaya mengimbang kekuatan blogers propembangkang.

Di Libaran ini senario anak-anak muda mengusung laptop mengisi kedai makan berkemudahan wifi sudah menjadi suatu kebiasaan. Anak-anak muda ini sangat terdedah kepada berbagai maklumat. Mereka bukan lagi anak muda yang angguk-angguk sahaja. Malah boleh dikatakan mereka kini lebih banyak geleng daripada angguk. Apakah usaha pemuda UMNO untuk mendekati anak-anak muda ini? Sedarkah bahawa semakin ramai golongan muda yang menjauhkan diri dari UMNO?
Kalau Pemuda UMNO Libaran masih lagi bersikap elit dan hanya menjadi pengiring kepada orang-orang besar untuk mendapat habuan projek maka sesuai sangatlah pemuda sekalian hanya diberi tugas sebagai pemasang poster semasa pilihanraya...


25 Mei 2010

Kempen Umno

Kekalahan Barisan Di Sibu pada PRk baru-baru lalu,mengundang respon yang tegas daripada Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut Najib,BN dan UMNO perlu merobah cara kempen yang ada sekarang kepada corak kempen yang lebih agresif .

Soalnya mampukan gentera Umno menggalas peranan ini,mampukah ketiga sayap Umno ,Wanita,Pemuda dan Puteri menungkah arus medmbelah badai untuk berhadapan dengan corak kempen Pakatan yang ternyata lebih kreatif dan agrasif .

Ketiga sayap Umno perlu membuka minda dan keluar dari kepompong sendiri,jangan asik(1) terbuai dengan lagu dendangan sendiri,Jangan asik(2) mabuk dengan slogan 1Malaysia sedangkan orang di luar Umno mengambil kesempatan merobek-robekkan baju yang ada logo 1malaysia.

Sayap Umno khususnya pemuda dan puteri,mesti lakukan aktiviti yang lebih agresif terutama dalam menangkis serangan-serangan pembangkan terhadap Umno dan Kepimpinannya.sebagai sayap gempur inilah masanya sayap-sayap ini menyerang balik segala tomahan pembangkang.

Jangan asik(3)leka dengan anjuran sukan,poco-poco,shuffle dan futsal sahaja,mereka harus ingat juga setiap tahun ratusan graduan yang keluar Universiti (IPTA/IPTS) yang perlu mereka sambut keranan golongan ini merupakan asset negara yang sangatb penting.

Golongan ini terdedah dengan berbagai maklumat yang boleh meresapi mind a dan kotak fikir mereka terutama HASUTAN PEMBANGKANG yang boleh memesongkan pandangan politik graduan ini, sebagai generasi muda dan berpendidikan serta refomas,graduan bebas menyertai mana-mana gerakan yang menyebelahi pandangan mereka.

Jadi Pemuda dan Puteri Umno perlu melihat golongan itu dengan hati terbuka, beri mereka ruang dan peluang untuk aktif dalam Umno,jangan takut tergugat kerana pemimpin dating dan pergi tetapi perjuangan mesti diteruskaqn,masalahnya bagaimana perjuangan m ahu diteruskan kalu parti hilangan sokongan dan pengikut..lama-lama akhirtnyaq umno akan hilang akar tunjang dan tumbang.ayuh mari kitya bersama-sama perkuatkan UMNO jemput dengan iklas dan hati terbuka semua graduan dan golongan muda untuk mencintai UMNO dan BN.

Mulakan langkah bijaksanamu wahai pemuda dan puiteri Umno.

24 Mei 2010

Perasmian Mesyuarat Berkelompok












SANDAKAN:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah,Datuk Seri Musa Aman mengingatkan ahli-ahli Umno di negeri ini prasyarat untuk terus diterima rakyat ialah memperkasakan semangat bersatu dan mengukuhkan perpaduan.

Katanya pada kala Umno dan Barisan Nasional dilabelkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah yang dilakukan pihak di luar Umno,Ahli Umno harus terus kekal dengan keyakinan bahawa hanya parti keramat orang Melayu ini boleh dijadikan tempat bergantung bagi keseluruhan rakyat bumipuitera di negeri ini.

“Rakyat dan bangsa melayu seharusnya menginsafi sejarah bangsa dan negara ini yang pernah terjajah ratusan tahun yan berpunca dari sikap dan tingkahlaku bangsa melayu sentiasa berpecah yang memudahkan penjajah menawan negara kini”

“Bagaimanapun dengan iziz Allah kesedaran bangsa melayu untuk menebus maruah bangsa dan agama,Umno merupakan parti umat melayu yang telah menyatukan kita ,memperjuangkan kemerdekaan dan seterusnya memacu negara ini menjadi sebuah negara yang dihormati dunia”Katanya

Katanya,harga daripada kemajuan dan kejayaan yang ada pada hari ini, adalah ikatan perpaduan orang melayu dan bumiputera sendiri disamping persefahaman serta kerjasama ikhlas kalangan pemimpin negara dalam Barisan nasional.

Malah menurut Ketua Menteri itu,kemajuan yang jitu di negeri ini juga adalah kerana kesedaran rakyat khususnya masyarakat Bumiputera untuk berjuang dalam wada politik Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, semenjak kehadiran Umno di negeri ini Sabah sentiasa mendapat perhatian kerajaan pusat dengan menyalurkan peruntukan berbilion ringgit bagi melaksanakan pelbagai projek pembangun infrastruktur untuk rakyat tanpa perbezaan ras.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan Umno bahagian Libaran yang dihadiri 300 wakil dari cawangan,Pemuda ,wanita dan Puteri yang diadakan di Dewan Sri Libaran di sini kelmarin.

Bagaimanapun Musa yang juga wakil Rakyat Sg sibuga ,mengingatkan kepimpimpinan dan ahli-ahli Umno Sabah supaya tidak lega dengan kedudukan Umno yang masih diyakini rakyat kerana agen-agen pembangkang sentiasa menghasut rakyat khususnya golongan muda supaya membenci Umno dan Barisan Nasional negeri ini.

“Kita ahli Umno bersama semua komponan Barisan Nasional mesti sentiasa aktif turun padang untuk menyedarkan genarasi muda bertapa hany7a Umno dan BN sahaja yang mempunyai agenda telus dan suci dalam membela rakyat bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera malah krseluruhan rakyat negara ini”katanya.

Jasa Umno dan BN menurut beliau,tidak boleh disangkal dan diperlekehkan oleh sesiapa termasuk pembangkang,kerana masyarakat antarabangsa sendiri telah memperakui kemajuan negara ini yang termaju kalangan negara membangun adalah kerana kebijaksanaan,keprihatianan dan tanggungjawab jitu kepimpinan kerajaan yang di terajui Umno dan Barisan Nasional.

Justeru,beliau mahu semua cawangan Umno seluruh negeri mengerakkan usaha bersepadu menambah keahlian semua peringkatmcawangan,wanita ,pemuda dan puteri seterusnya mendafarkan mereka yang layak sebagai pemilih dalam pilihanraya.

Semantara itu dalam sidang medianya,ketua Menteri menegaskan agar semua pemimpin Umno dan BN sentiasa turun padang mendengar dan menyelesaikan sedaya mungkin segala permasalahan rakyat seiring slogan gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan kerana ianya merupakan NKRA yang mesti dilaksanakan.

“Saya telah arahkan semua pemimpin terutamanya wakil-wakil rakyat Umno dan BN samada Adun dan Parlimen supaya sentiasa masuk kawasan bantu rakyat,kerana ini adalah tugas dan tanggungjawab kita,tugas setiap masa ini harus dilihat sebagai KPI untuk menghadapi pilihanraya,kita tidak mahu rakyat Sabah terusan dibohongi pembangkang dengan cerita-cerita fitnah”Katanya

Menurut beliau BN adalah sebuah kerajaan berjiwa rakyat yang sangat berbeza dasri Pas yang memperlatkan agama manakala Dap yang konon memperjuangkan Malaysia Malaysian tetapi ianya dikuasai kroni dan keluarga Lim Guan Eng dan kapral Singh sahaja,manakala PKR pula hanya untuk memperjuangkan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Selesai.

19 Mei 2010