17 Jun 2010


Musa melancarkan Program Jalinan Rakyat dan Skuad
Sayang Wanita Umno Libaran

SANDAKAN (15/06/10): Kekuatan modul Insan di kalangan generasi muda rakyat Sabah menjadi faktor penting dalam memacu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang melibatkan keperluan keseluruhan rakyat negeri ini.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, SDC yang dirancang kerajaan meliputi semua daerah bertujuan memacu pembangunan rakyat tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Sebab itu menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional memberikan keutamaan dalam program Pembangunan Modul Insan khususnya di bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muda Sabah yang berkemahiran dan mempunyaai keupayaan membangunkan negeri ini.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat Wanita dan keluarga peringkat Parlimen Libaran di Dewan Seri Libaran di kelmarin yang menyaksikan pemimpin itu turut melancarkan program Jalinan Rakyat dan Skuad Sayang Pergerkan Wanita Umno bahagian berkenaan.
Turut hadir di Majlis itu, Spaekar DUN Sabah, Datuk Juhar Hj Mahuiruddin, Timbalan Spaeker Dewan Negara Datuk Armani Mahiuruddin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Marsidi Manjun, Menteri Kebudayaan Pelancongan dan Alam Sekitar, Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Salleh Tun Said, Pembantu Menteri, Datuk Nasrun Mansur, Datuk Gulam Khan, Datuk Zainab Datuk Ahmad Ayid serta Ir. James Wong Presiden MPS.
Menurut Musa yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO Sabah, dalam usaha menjadikan SDC satu kenyataan, rakyat perlu meyakini kemampuan kerajaan BN negeri dalam melaksanakan rancangan pembangunan yang sudah diatur.
Malah kestabilan politik juga perlu menjadi pertimbangan wajar oleh rakyat dan pemimpin di semua peringkat supaya segala apa yang mahu dibangunkan dapat berjalan lancar mengikut jadual.
Beliau yang juga menteri kewangan menegaskan dalam RMK10 Sabah bakal mendapat peruntukan yang besar untuk pembangunan negeri dan antara sektor yang diberikan keutamaan adalah pembangunan modul Insan, wanita dan keluarga.
Katanya, sebab itu kerajaan memandang serius peranan wanita di Negara ini dalam pembangunan kerana mereka bukan sahaja berperanan sebagi ibu tetapi merupakan arkitek keluarga.
“Peranan wanita sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara, malah di peringkat negeri kerajaan sentiasa melihat kepada sumbangan golongan wanita dalam membina institusi keluarga, termasuk peranan mereka dalam sektor swasta dan kerajaan” Katanya.
Sebagai bukti katanya, kerajaan telah memberikan ruang yang luas kepada golongan wanita terlibat sebagai pembuat dasar sama ada di peringkat Negara dan negeri.
Sementara itu beliau turut menegaskan betapa penting semua pihak sentiasa memberikan perhatian dalam isu kesejahteraan keluarga yang menjadi aset kemajuan agama, bangsa dan negara.
“Mana-mana negara sahaja di dunia ini sentiasa mahukan kesejahteraan dalam keluarga tidak terkecuali negeri Sabah, kita mahukan golongan rakyat terutamanya belia-belia kita mempunyai fizikal dan Minda yang berkualiti kerana merekalah menjadi peneraju kejayaan pembangunan Negara”
“Untuk melahirkan generasi yang berkualiti ini, peranan ibubapa sangat penting dalam membentuk sahsiah dan jiwa genarasi ini dan wanita selaku ibu tentunya sangat diperlukan” katanya
Dalam pada itu menurut Musa yang juga Ketua Umno Libaran berkata, generasi muda ini perlu sentiasa dibimbing dan diberikan penerangan yang betul bertapa kerajaan yang memerintah negara hari ini telah banyak menyumbang jasa kepada rakyat sehingga negara ini dikenali di peringkat antarabangsa.
Katanya, golongan muda hari ini sentiasa menjadi sasaran pembangkang untuk menabur berbagai fitnah memburukkan kerajaan sedangkan kerajaan BN telah membuktikan tanggungjawabnya membela nasib rakyat tanpa perbezaan bangsa dan agama.
Pada Majlis itu Musa turut melancarkan kenderaan Skuda Sayang dan Jalinan Rakyat untuk kegunaan Pergerakan wanita Umno Libaran menjalankan aktiviti turun padang mereka.

MUSA AMAN: BUMIPUTERA JUGA MAMPU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN


17/6/2010


Usahawan Bumiputera di negeri ini mampu berjaya dalam bidang perniagaan jika mereka memberikan tumpuan dalam apa yang mereka usahakan kerana sektor perniagaan terbuka luas kepada sesiapa sahaja.


Berucap merasmikan 1 Libaran Hotel di Bandar Labuk Jaya kelmarin, Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata, Usahawan Bumiputera perlu berani menceburi bidang perniagaan baharu yang sebelum ini asing bagi bumiputera.


Katanya, dalam Modul Ekonomi Baru (MEB) sesiapa sahaja usahawan di Negara ini berpeluang memajukan sektor itu mengikut keinginan mereka dalam perniagaan termasuklah golongan bumiputera.


“Melalui MEB, penyusunan semula pembangunan ekonomi negara peluang rakyat untuk maju sentiasa ada tetapi mereka mesti berani dalam menghadapi cabaran, malah usahawan bumiputera wajar menterjemahkan sikap persaingan yang negatif kepada konsep berkerjasama kerana ia lebih memberi manafaat kepada mereka”katanya.


Malah, katanya lagi, usahawan bumiputera tidak perlu malu untuk menimba pengalaman dan belajar dengan usahwan bukan bumiputera mengenai teknik perniagaan kerana melalui perkongsian bijak itu kedua-dua pihak dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Penaikan Taraf Lapangan Terbang Sandakan yang menjadi antara keutamaan dalam RMK10 sebagai sebuah Lapangan terbang Antarabangsa bakal menjadikan Sandakan destinasi Pelancongan Utama negeri ini.

Peningkatan taraf lapangan terbang itu juga bakal menyumbang kepada sektor perhotelan dan perniagaan lain yang berasaskan produk industri kecil dan sederhana tempatan. 1 Libaran Hotel yang dirasmikan beliau merupakan sebuah hotel Bajet Bumiputera sepenuhnya yang pertama di Sandakan dimiliki Hj Daning Bajau seorang ushawan sedang berjaya dalam bidang Hardware dan bekalan.


Turut hadir di majlis perasmian itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Marsidi Manjun, Datuk Gulam Badar Khan, Datuk Nasrun Mansur, Datuk Zakaria Edris, Datuk Samsuddin Yahya, ADUN Sukau Saddi Abdul Rahman dan Presiden MPS Ir. James Wong.


Katanya pembangunan bersepadu hub-pendidikan dan pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bakal menjana perkembangan Ekonomi hiliran yang memberikan pendapatan kepada masyarakat.


“Pembangunan dan kemajuan yang wujud sudah tentu memberikan impak positif kepada masyarakat sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan inilah antara hala tuju kerajaan dalam misi melaksanakan Koridor Pembangunan Sabah(SDC)” katanya.

Sambil berbangga dengan kejayaan Hj. Daning Bajau, usahawan bumiputera pertama di Sandakan dalam perhotelan, beliau yakin usahawan bumiputera lain di negeri ini mempunyai kemampuan untuk maju di bidang perniagaan.

07 Jun 2010

PERUMAHAN SETINGGAN KG. SG. BATANG AKAN DIROBOHKAN

Gambar : Perumahan setinggan Kg. Sg. Batang yang akan dirobohkan



Gambar : Tn. Hj. Basra (tengah) bergambar bersama penduduk yang
terlibat dengan perobohan rumah setinggan di Kg. Sg. Batang

SANDAKAN (23/05/2010): Kerajaan telah meluluskan seluas 50 ekar tanah bagi penempatan semula 586 penduduk setinggan kg. Sg. Batang di bawah penempatan Rizab Kampung Anak Negeri yang sedang dibangunkan.
Menurut Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Sg. Sibuga, Hj. Basra Hj. Abdul Rahman, sebanyak 112 buah rumah termasuk lima buah rumah penghuni PATI yang dibina dalam rizab jalan Kg. Sg. Batang bakal dirobohkan dalam masa terdekat dan penghuni rumah-rumah berkenaan diminta mengosongkan rumah mereka.
Katanya, penempatan setinggan yang wujud semenjak lebih sedekad lalu itu terlibat dengan projek pelebaran jalanraya di Hub Pendidikan yang mana kerja-kerja pembersihan tapak sebahagian lokasi jalan tersebut telahpun dimulakan.
“Projek ini adalah projek besar kerajaan yang mesti disiapkan mengikut jadual, oleh sebab itu penghuni setinggan di kawasan tersebut diminta merobohkan struktur rumah mereka dengan segera dan mereka akan diberikan tempat sementara di skim PPRT Gum-Gum” katanya.
Menurut beliau lagi sementara menunggu kerja-kerja pembinaan tapak serta penyediaan infrastruktur asas di tapak perkampungan baharu itu yang juga terletak di Sg. Batang selesai sepenuhnya ,penduduk boleh memilih sama ada mahu menyewa di PPRT Gum-gum atau tinggal di tanah keluarga yang berhampiran dengan mereka.
“Di kawasan baharu yang akan dibina perkampung kekal dan tersusun mereka yang terlibat dengan perobohan di kawasan setinggan itu akan diberikan keutamaan dalam pemberian lot-lot perumahan di situ yang bakal memberikan keselesaan kepada keluarga mereka” Katanya lagi.
Beliau yang juga Setiausaha Umno Bahagian Libaran berkata kepada media selepas menghadiri majlis taklimat dan dialog dengan lebih 100 penduduk penempatan setinggan itu di Dewan Serbaguna Kg. Nelayan Tengah Sg. Batang di sini kelmarin yang turut dihadiri ketua Daerah OKK Hj. Awang Damit Abdul Rahim.
Selain kawasan setinggan, turut dirobohkan adalah masjid yang berada dalam kawasan pembinaan jalan baharu sepanjang 6km dalam zon Hub Pendidikan yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2016 sekaligus merubah wajah landskap kawasan kampong itu menjadi Bandar Ilmu Sg. Batang dengan jangkaan membuka peluang pendidikan kepada lebih 1500 penutut dalam satu-satu masa.

JUARA RAKYAT LESTARI PERPADUAN 1MALAYSIA


Program Juara Rakyat menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman adalah memanifestasikan kelestrian perpaduan bangsa Malaysia yang jelas menjadi tunjang kelangsungan pembangunan negara.


Katanya, arus kemajuan yang menelusuri segenap pelusuk bandar dan desa adalah kesan kesepakatan antara lapisan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin yang menautkan kesedaran ukhwah untuk melaksanakan tanggungjawab dalam mengisi kemerdekaan.

“Ini tanggungjawab kita sebab itu pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak melaksanakan gagasan 1 Malaysia yang mendahulukan rakyat melalui penilaian pencapaian yang merangkul peranan wakil-wakil rakyat serta rakyat jelata bersatu mencemerlangkan negara”, katanya


Beliau berkata dalam sidang medianya selepas melancarkan Program Juara Rakyat Bahagian Libaran di kampung Sibugal Besar dalam zon Hub Pendidikan Sg. Batang Bandar Ilmu yang dihadiri lebih seribu penduduk dari tiga buah kampung berhampiran.

Menurut Ketua Menteri, pengisian aktiviti program Juara rakyat menjelaskan bertapa pentingnya perpaduan dan kerjasama kalangan bangsa 1 Malaysia sebagai benteng pertahanan maruah negara di kaca padangan antarabangsa.

“Kita bersatu, pemimpin turun padang melihat dan mendengar sendiri segala rintihan rakyat, Juara Rakyat adalah pemimpin dan rakyat berpadu menyelesaikan perbezaan, memperkasakan persamaan kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini” Katanya.

Beliau yang juga ADUN N42. Sg Sibuga, terharu dan tersentuh hati dengan ucapan terima kasih rakyat di atas perlaksanaan pelbagai pembangunan infrastruktur yang disalurkan kerajaan negeri dan persekutuan sehingga berjaya merubah landskap perkampungan dari lokaliti mundur kepada penempatan lebih maju dan selesa.


Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran, menegaskan, kombinasi kerja dan persefahaman antara agensi-agensi kerajaan seperti Yayasan Sabah, Jasa, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan yang ada kaitan terus dengan kehidupan Ekonomi Rakyat menjadi teras unggul menjana pembangunan negeri ini.


Melalui kerjasama itu, menurut beliau, banyak keperluan rakyat dapat ditunaikan dengan berkesan kerana katanya, sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, BN tetap menunaikan segala janji yang telah diberikan kepada rakyat sebagai terima kasih atas sokongan rakyat kepada BN.
Menyentuh Juara Rakyat Bahagian Libaran kelmarin beliau, berkata program sedemikian menjadi wadah untuk masyarakat berbagai peringkat usia melibatkan diri dan menyumbang khidmat tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan yang mampu memperkasakan ikatan silaturrahim serta mensyukuri nikmat dari pembangunan negara.

“Malah penglibatan golongan remaja dan belia dalam acara yang diadakan antaranya Kursus Kemahiran Menyulam dan Jahitan Manik, kerja-kerja bergotong royong berupaya menyerlahkan bakat dan kebolehan golongan itu sebagai generasi pelapis modal insan dalam kesinambungan pembangunan negara”.


Dalam kontek Juara Rakyat ini, katanya, penerapan gagasan 1 Malaysia oleh kepimpinan BN membuktikan bahawa tiada satu kaum dalam negara ini dipinggirkan dari arus kemajuan perdana malah setiap rakyat kini merasa lebih selamat dan terbela dengan kesungguhan Perdana Menteri mendahulukan rakyat.

Justeru rakyat negeri diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap propaganda pihak- pihak yang sentiasa menyebarkan dakyah perkauman bagi memecahbelahkan keharmonian rakyat negeri ini yang telah terjalin semenjak sekian lama.

06 Jun 2010

MAMPUKAH PKR MENANG DI SABAH?

Kemenangan DAP di Sibu telah menyuntik benih harapan kepada PKR Sabah untuk memenangi kerusi di Negeri Sabah dalam PRU-13 nanti. Kemenangan itu digambarkan sebagai petanda bahawa pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak telah mula menolak BN dan akan memberi sokongan besar kepada Pakatan Pembangkang untuk menyumbang kerusi Parlimen seterusnya memnajtuhkan kerajaaan BN.


Benarkah pengundi di Sabah sudah mula bertukar angin? Benarkah PKR Sabah khususnya telah diterima sebagai pengimbang dan pencabar utama kepada BN Sabah? Andai PKR merasa terbuai dengan kemenangan DAP di Sibu dan mengatakan BN akan tumbang di Sabah dan PKR akan menjadi juara baru maka itu adalah satu kesilapan yang sangat besar.


PKR Sabah adalah parti yang terlalu banyak bercakap tapi tidak pandai buat kerja. Kebanyakan pemimpin mereka hanya berkubu dan berkubang di Kota Kinabalu berjumpa dan bersembang lalu merasakan diri mereka kuat dan hebat. Sejak Thamrim mengambil alih Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri beliau nyata tidak mempunyai taring dan kebolehan untuk memimpin justeru mengharapkan pencacai seperti Halik Zaman untuk menjadi lidah dan suaranya. Kalau Halik Zaman yang begitu dibenci oleh Thamrin pun terpaksa dipergunakan, kita boleh bayangkan betapa teruknya kepimpinan Thamrin. Selain daripada itu Thamrin juga sangat bergantung kepada Dr. Jeffrey aka Mr. 20 yang hanya tahu menjaja tentang 20 perkara sahaja. Bukankah Mr. 20 itulah yang menentang keras perlantikan Thamrin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah?
Di Libaran sendiri Thamrin tidak turun padang kerana tahu betapa dia tidak diterima di Libaran dan amat mustahil untuk menang. Di tempat-tempat lain situasinya tidak banyak bezanya, kalau adapun isu-isu setempat yang ditonjolkan khususnya melalui blog tidak lain hanyalah sekadar publisiti murahan untuk political mileage masing-masing. Berdasarkan gerak kerja dan barisan kepimpinan peringkat negeri yang ada, tidak keterlaluan mengatakan yang impian PKR untuk menang kerusi Parlimen atau DUN di Sabah amatlah tipis khususnya bagi kerusi yang dimenangi oleh UMNO sekarang ini.

04 Jun 2010

PAS PENCINTA DAP NO.1

Sebutlah apa sahaja yang dibuat oleh UMNO/BN, PAS pasti akan menyalak dan menghukum semuanya haram, semuanya salah, semuanya merugikan. Sebut pula apa sahaja yang dilakukan oleh DAP, PAS pasti akan menyokong, PAS pasti akan mengaguminya. PAS pasti akan mengeluarkan segala macam fatwa demi menghalalkan apa sahaja yang DAP kata dan lakukan.
Justeru, tidak hairanlah kalau PAS semakin kehilangan sokongan masyarakat Melayu. PAS semakin bersifat liberal, PAS semakin nampak kecinaannya. Wahai pengagum-pengagum DAP berbaju PAS, bagaimana rasanya berada di bawah kepimpinan ulama DAP?

03 Jun 2010

DATUK MUSA AMAN: CERITA SEORANG SAHABAT

Baru-baru ini penulis bersembang dengan seorang sahabat yang penulis label sebagai pembangkang tegar. Ya, sahabat tersebut, yang bergiat aktif di kawasan Parlimen Libaran begitu membenci UMNO dan BN. Baginya tidak ada satu pun manfaat mengundi BN yang serba-serbinya dilihat negatif.


Salah satu perkara yang menarik dalam perbincangan tersebut ialah apabila terpacul soalan dari mulutnya, "Apa ilmu Datuk Musa pakai?". Lantas penulis bertanya maksud pertanyaannya. Beliaupun menceritakan pengalamannya semasa berkempen sebelum pilihanraya 2008 lalu. Menurut beliau dalam sekian banyaknya kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat akar umbi ramai yang melahirkan rasa tidak puashati terhadap berbagai perkara namun hampir semua mereka menyatakan bahawa Datuk Musa Aman seorang yang baik dan berpuashati dengan kepimpinan beliau. Yang nyatanya kekecewaan mereka bukan disebabkan bermasalah dengan kepimpinan Datuk Musa Aman.
Secara mudahnya, kata sahabat tersebut, bandingkan sahaja dengan Pemimpin pembangkang utama di Libaran yang kini menjadi Ketua Pimpinan Negeri, yang langsung tidak turun padang, malah apabila orang harapannya yang sakit terlantarpun siketua tersebut langsung tidak datang menziarah. Apalah boleh diharap dengan pemimpin seperti itu.
Fikir-fikirkanlah...