Satu dunia tahu MIC adalah 'Parti' politik yang menduduki carta tertinggi dunia sebagai sebuah parti paling gemar dan kerap memecat ahli mencecah ribuan orang terutama semenjak King Samy memegang jawatan Presiden parti. Satu dunia tahu MIC tidak banyak bezanya dengan parti politik seperti dalam filem-filem Tamil. Satu dunia tahu selama ini hayat MIC sebenarnya bukan atas sokongan penuh masyarakat India tetapi disebabkan ehsan dan sokongan rakan-rakan dalam BN. Satu dunia tahu apabila pemimpin MIC mula bising-bising dan buat kacau sebenarnya mereka mengidamkan sesuatu... senator untuk aku, DUN ini untuk aku, projek ini untuk aku. Satu dunia tahu... hanya MIC tak tahu yang satu dunia sebenarnya dah lama tahu...
UMNO Sabah sangat terkesan dengan kenyataan biadap Vell Paari itu, keceluparan perlu diajar secukupnya. Adalah tidak wajar dan amat kurang ajar menuduh UMNO sebagai punca masalah sedangkan satu dunia tahu MIC itu sendiri adalah sebuah organisasi bermasalah, satu organisasi yang pemimpinnya beraja di mata bersultan di hati. MIC adalah duri dalam daging yang perlu dicabut dan dibuang. Satu-satunya tempat yang sesuai untuk MIC adalah dalam Arkib Negara. UMNO Sabah pastinya kecewa sekiranya kenyataan biadap Vell Paari dibalas dengan jawatan Senator atau seumpamanya. Cukup-cukuplah, kenyataan Vell Paari itu sangat memalukan PM, TPM dan semua ahli UMNO, dan oleh kerana dia adalah anak kesayangan King Samy mustahil MIC memecat dia.